Translate

Thursday, June 5, 2014

Aiman ( II )


“ Ustazah , boleh tak . .hantar aku balik ?lepastu duit pendaftara tu ,kalau aku tak masuk program ,boleh dapat semula kan ? "

aku buat muka toya . tanda tak faham .

" Duit tu ..boleh buat beli lauk .bagi adik adik aku makan .Mak kerja susah . . . .Ayah . "

Dia terdiam . .dan aku pun terus diam . .menunggu dia menghabiskan yang terbuku di hati .

Anak ini . .  :)
Tuhan . . indahnya ujianMu pada anak ini . Moga kau terus beri dia kekuatan dan petunjukMu .

Mata Aiman merah . .aku yakin,dadanya pasti terasa sesak . .bilamana mahu meluahkan segala beban yang terpendam .Sengaja aku tidak bertanya lebih jauh . .Bagaimana keadaan keluargamu dik . .
Pahit manisnya biarlah kau yang mengerti .
Itulah . .yang akan membentuk diri kamu nanti .

Aku pandang langit . Mendung .
Beginikah perasaan kamu aiman ?

Aku tak mahu dia dan aku larut dengan sedih .
Pap ! !bahu aiman ku tepuk !
Tersentak budak tu . .herher. .

“Man , macam ni la .Akak boleh pulangkan duit tu. .tapi dengan syarat . .aiman masuk ,join program .”

“Dalam tu semua orang baik-baik .seganlah ustazah “

“Cehh . orang pandai belasah orang pun segan . Tak sado lah kau .Okei ,kita bet . .kau boleh ikut program ..akak pulangkan duit dan akak bagi part makanan akak kat aiman .Nanti aiman boleh bawak balik . amacam ? baru anak jantan . . “

Aiman diam .

“okei ustazah .Kita bet “ sambil hulur jari kelingking dia .

“orait . bet .Kita tengok . .kau bole tahan tak “

Lalu ku hulur sebungkus makanan pada aiman .

“ Nah . mesti kau lapar gila kan .tambah tadi kau dah meraung .Haha “

“Ustazah ni , kenapalah ustazah ni rock sangat “

dushhhh ! rasa macam dapat penumbuk .Setiap kali program ni . .mesti aku dapat gelaran tu T.T
“ustazah rock “

Bungkusan makanan baru nak ku buka . .tapi ku tengok . .aiman menyimpan kembali  nasi yang diberi tadi .
mahu dibawa balik katanya
aku senyum :)

Aku terus tak jadi makan  T.T
rasa nak usap-usap je kepala budak ni .
macho betul !

aku hulur air sirap yang dah takde ais kat dia .
tengok cara dia minum . .kehausan -__-“
sekali dengan gelas aku dia tibai .

haha .takpelah dik . .bahagiamu ,bahagiaku juga :P

Aku masuk ke dewan semula ,kali ni . .dengan aiman .
alhamdulillah ~

“Aiman , nak masuk group mana ?
boleh pilih “

“masuk group ustazah boleh ?”

“ group akak semua makwe dik . .nanti habis kau ngorat :P “

Dia tersengih . .

“adik masuk group abang haikal .Tu yang kat hujung tu . .yang pakai baju merah tu “

Aiman menurut . .

Dan sepanjang program . .sekali sekala aku curi-curi tengok dia .
Budak macho tu 

Alhamdulillah ..dia cepat je adapt dengan suasana . .dan boleh tahan becok mulut dia .
setiap kali slot yang aku kena lead,konfem dia jerit “ustazah rock” ! .
Dia sangat enjoy .

ZZzzz~~

sampai ke sudah melekat nama tu -____-“

Pada akhir program ,sesi bersalam-salaman . .aliah dan aisyah ,boleh pula menangis .
comel sangat  budak menangis ~~nak salotape mata diorang ~

Peluk dua-dua orang tu .Aku bacakan doa penerang hati dan tiup ke ubun-ubun diorang .
Moga kamu kamu lah penyambung mata rantai perjuangan .
Lantas ku hadiahkan pada dua orang tu . .gelang tasbih dan seutas tasbih kecil .Nasib baik gelang dan tasbih tu hampir sama pattern .If tak . .mesti berebut punya -___-“

Aliah kata . .  “Ustazah ,nanti kitorang datang lagi tau “

Lepas je dua orang tu pergi . .Aiman datang .

Ku hulur sebuah beg berisi makanan dengan sampul yang berisi duit  .

“Nah . .akak dah kalah .Semua milik aiman “

Aiman tersenyum puas .
haha . Rasa nak salotape mulut dia :P

“Ustazah , terima kasih.. “ jawab dia pendek sambil tertunduk .

"Seronok kat dalam tadi ? "

"Seronok .Aiman tak sangka. .takde seorang pun yang panggil aiman samseng tadi "

Melalui sinar matanya ,aku tahu . .ucapannya ikhlas .

Bunyi hon kereta . Mak aiman dah sampai .Adik-adiknya menjerit dari dalam kereta .
“ abang aiman ! “
aku kira 4 orang adiknya .

Aiman mengucapkan terima kasih sekali lagi padaku .Dia menghulurkan kertas nombor telefon .

“Ni nombor mak aiman .Nanti ustazah kol aiman ye “

Hehh :3 budak ni .

aku mengangguk ,senyum . .

Aiman berlari-lari anak menuju ke kereta .Bungkusan makanan tadi di hulur kepada adik-adiknya .
Semua berebut .Bergaduh kecil .Lucu je tengok ~~

Dalam gaduh kecil kalian . .itulah kebahagiaan kalian ^_^

Aiman ..moga kau terus macho di sisi TuhanMu !

Aku nekad . .pada post-mortem kali ni . .mahu melontarkan pandanganku tentang ‘Aiman’ ,
post-mortem terakhir ini . .

Aku nekad . .mahu memperkenalkan Aiman .Aiman bukanlah adik yang cengeng atau menyebabkan ramai yang sebel .
Dia bukan begitu .




Wednesday, June 4, 2014

Koreksi I.A.I

Malam tadi ,sempat berkongsi rasa dengan seorang akak senior yang aku kagumi ,


“ Aktivisme tak perlu ikut mati bila kita grad .
Lepas grad nanti rasalah macam mana susahnya nak mempertahan kan idealisme dan nak adapt dalam masyarakat .

Jika lepas grad ,ummi memandang mencari kerja itu sebagai satu cabaran,itu adalah petanda idealisme,aktivisme dan intelektualisme(I.A.I) ummi sudah mecapai tahap nazak .
Dan saatnya ummi merasa lega/selesa kerana sudah punya kerja . itu adalah hari di mana idealisme ,aktivisme dan intelektualisme ummi sudah mati tanpa kuburan “ -kakak

 Bagi mengupas statement kakak ,aku pecahkan kepada beberapa persoalan .
-tanya diri ,apa erti ,,tujuan ,idealisme,aktivisme dan intelektualisme 
-berdasarkan rekonstruksi tujuan ,bagaimana pula mahu di implementasikan ?

-Bila 2 persoalan tadi sudah dijawab ,maka barulah kita boleh check balik asbab lemaunya tiga elemen tadi .


Ramai senior (baca : aktivis ) mengatakan seperti yang dikatakan oleh akak tu ,
bila dah grad,berkahwin ,beranak pinak semua jadi lemau .

Meurut pendapat aku . .hala tuju selepas grad berkait rapat dengan perilaku semasa berada dalam alam kampus .Tujuan kita berada di sesebuah institusi pendidikan tidak kiralah IPTA/IPTS/Pondok/Kolej hatta jalanan sekalipun ,perlu jelas .Tujuan dan matlamat lah yang menjamin jis Aktivisme,ldealisme dan intelektualisme kita .Aku ,mendefinisikan IAI sebagai alat untuk menjana / menjamin kelangsungan tugas (baca:khalifah) .Justeru ,jika kita sudah memahami tugas,sepatutnya kita tidak merasai ‘nazak ‘.

Tentang payahnya mempertahankan idealisme dan adapt dengan masyarakat pula . .jika IAI(baca :tajdid) yang kita mahu bawakan adalah bersifat baharu . .memang akan punya kesukaran .Lihat saja risalah nabimu Muhammad .Pada islah dan tajdid yang dibawakan . .berapa banyak penentangan yang sudah dihadapi oleh baginda ?Dan percayalah jika IAI kamu itu adalah kebenaran . .maka ia takkn pernah tenggelam dengan kebatilan . .seperti sebatang mancis yang menyala dalam kegelapan .Itulah sifat kebenaran .Walau terkadang kebenaran itu akarnya menyusur dengan begitu lambat . .Perjuangan kamu boleh saja memberikan kesan ketika kamu masih hidup . .bahkan mungkin segar menalar ketika kamu sudah berjumpa Tuhan .Aku hanya menitipkan dalam diri ..Fasbir sabran jameela ~

Dan . .dalam implementasi idealisme ,aku masih berpegang kepada prinsip “university as conscience of society “
Ilmu yang ku pelajari di university ,adalah milik masyarakat ,milik dunia dan seisinya .Bagaimana kita mahu memulangkan pada masyarakat . .itu terpulang .Cumanya ..agamaku bersifat murunah(fleksibel) . .maka perbuatanku juga perlu murunah terhadap masyarakat .Rigid terhadap idealisme ,namun metod aktivisme perlu dipelbagaikan  serta disesuaikan mengikut masyarakat  ,selaras dengan tahapan intelektualisme .Berakhlak dalam mendepani kerenah masyarakat .Jangan pernah membiarkan ego mu melangkaui matlamat mu .

Beralih kepada isu pekerjaan . .jika kita mampu berada sebaris dengan golongan professional ,maka teruskanlah .Dan sentiasa ingat . .kehidupan hanyalah alat IAI (baca:dakwah) kita .
Cita-cita dan semangat perlu sama tinggi .Agar . .nantinya kita tidak berhalunisasi ,
IAI hanya hebat di fantasi , bukan realiti .
Kadang-kadang aku terfikir . .

Semua seronok belajar tinggi-tinggi ,
Berimpian jadi menteri ,
siapa yang mahu turut menyertai 
marhaen d bawah kaki ?

Semua nak jadi professional,ahli akademik
nak ubah system
tapi tak pernah mahu merasai perjalanan system 
bagaimana mahu merubah dengan baik ?

Bagaimana mahu membantu masyarakat ,
Gajah jauh depan mata , Nampak .
Kerengga atas hidung tak Nampak .

Soal pekerjaan . .aku tak memilih sangat .
Aku tidak pernah mengimpikan hidup sebagai jutawan maddi  ,
kerana..selama ini aku temui kebahagiaan dan cinta pada kesederhanaan .
Aku sangat bersyukur  ,,Tuhan masih memelihara aku daripada menjadi hamba materi.
Apa yang aku mahu ,Hanyalah menikmati setiap saat perjalanan hidup dan memastikan kewujudan aku di sesuatu tempat ,
mampu menempiaskan nikmat bertuhan (tauhid).
Moga ‘aku’ punya nilai di sisiNya

Jika kita bersama masyarakat yang bekerja kilang ,
bagaimana mahu mereka turut merasa nikmat bertuhan di sebalik pekerjaan yang dipandang rendah dan system kilang yang bobrok .

Dan . .teramatlah penting . .untuk kita turun ke dalam masyarakat . .berjinak-jinak dengan mereka ..
dekati dan cuba fahami kepelbagaian yang membentuk masyarakat itu .
Jangan tunggu dah grad ,barulah mahu terjuan bersama masyarakat ,

Pada saat itu ,
dengan tekanan mencari kerja ,tekanan jiwa yang dahagakan pasangan ,
semua tu menjurus kepada ranapnya semangat IAI (dakwah)

Ada juga yang mencanangkan solusi dengan  ‘berjemaah’,
Mungkin itu adalah solusi terbaik buat masa sekarang .
Namun ingatlah juga . .tak semua perubahan perlu dilakukan berjemaah ,ada juga yang mampu dilakukan secara sendiri-sendiri .

Sudah semestinya . .idealisme ,aktivisme dan intelektualisme tak boleh dipisahkan .Ibarat kesatuan jalur hissi dan fikri ,jika di pisahkan atau kurang seimbang keduanya . .maka ranaplah kesejahteraan hidup .

Kesimpulannya . .aku dan kamu perlu sedar . .tujuan .Tujuan hidup ,tujuan melakukan itu ,melakukan ini . .seandainya tujuan hidupmu benar . .sandarkanlah pada Tuhanmu ,
Moga ditetapkan hati di jalanNya . . .sampai nanti . .mati .


Buat diriku ,
sentiasa koreksi diri ,rendah hati dan berjiwa hamba . .

Setiap perjalan hidup itu . .Nikmat Bertuhan !

Mari nikmati ! :)







Tuesday, June 3, 2014

Aiman ( I )

"Assalamualaikum n gud morning ~~nama akak Ummi Hanni Bt Imberan .Boleh panggil kak ummi .Akak..masih belajar..
belum berkahwin .Masih single dan takde pakwe . " 
Bila cakap part tu ..mulalah budak-budak ..jadi riuh rendah ~ saje ..nak pancing :3
"kalau nak jadi adik angkat ,boleh berbaris interview lepas ni , haha "

Kembali ke sini semula,menggalas amanah bersama permata-permata agama .
tenang . menatap wajah-wajah yang masih suci dari debu dosa .
siries . tenang :)
Moga Aallah permudahkan urusanmu adik-adik dan urusanku juga :)

Sseronok bersama adik-adik berkongsi teori dan melakukan praktikal fardhu ain .(PAFA)
mandikan adik-adik (haha XD) 
siram lama-lama sikit :P

seronok berkongsi tips menutup aurat .
melayan persoalan bernas dari malaikat kecil
kadang-kadang nak tergelak bila mendapat soalan yang 'comel'
main game , kenakan adik-adik .
Lagi-lagi slot si BuTemBi(Buta,Tempang ,Biasu)


maaf ,kakak ni memang jahat sikit :P

bila part menyanyi dan buat gaya ..mmg budak-budak paling suka .

ada dua orang kembar ni . .dah macam anak aku dah -___-"
tak boleh nak berpisah dengan aku .
aisyah dan aliah .
mesti mengekor ke mana je aku pergi ~

dan  . .dua orang kembar ni yang buat aku konpius untuk pilih peserta perempuan terbaik .
dua-dua bagus .
prestasi hampir sama .
cuma bezanya aisyah lincah berkata-kata dan mempunyai ingatan yang kuat bahkan sangat fokus bila aku berkongsi (tazkirah/penerangan tentang teori PAFA)
Aliah pula lincah juga berkata-kata,agak gila-gila budaknya . .dan mempunyai persoalan yang bagus dari setiap slot yang dia ikuti .Budak ni nampak tak fokus(mata tak fokus) tapi telinga cepat menangkap rupa-rupanya.
:3

oh . ahaa . Masa di awal program ,
ada seorang budak lelaki ..berumur 12 tahun . Erkk . . menangis kot .

kuat gila dia menangis .
habis semua AJK dan fasi pergi pujuk ,tapi tak maw jugak .
Rasa nak ambil salotape dan tempek kat mulut dia . Zzzz ~
*Tapi ,tak mungkin aihh nak buat gitu

so . .apa yang aku buat ,juz perhatikan macam mana AJK lain dan fasi pujuk beliau tu .
yang tak boleh tahan ,dengan abang fasi pun dia jual mahal .
berpeluh abang-abang tu kau buat dik . .
dan aku kumpulkan 'maklumat tentang beliau'

-ahmad aiman
-12 tahun
-bersekolah di sk ****,petaling jaya
-anak sulung
-ada rekod disiplin di sekolah ( maklumat ni febret ni )

then ,tiba turn aku untuk try pujuk budak tu -___-"
masa tu dia tak nanges sgt dah . .mungkin dah reda sikit hasil aura positif AJK dan fasi sebelum ni :)

aku datang dengan dua bungkus nasi (masa tu dah tengah hari ,*budak tu dok merajuk dari pagi sampai tengah hari )

aku amik port sebelah dia .

dia berganjak sikit . "ustazah , tak boleh dekat dekat . "
doa yang baik :) 'ustazah' .btw rasa tak layak lagi untuk gelaran tu .

"kenapa pulak tak boleh dekat dekat "

" sebab aku budak jahat . " jawabnya tulus sambil tunduk .

okei .aku rasa sayang kat budak ni .  :) jujur . seorang yang jujur dan berani mengaku salah .

"oh .. jahat tu apa ? jadi aiman budak jahat ,akak ni baik la"

dia angguk . " jahat tu . .cikgu dengan ustazah kat sekolah  yang cakap,diorang kata . .aku samseng "

berdesing telinga aku ,bila dia cakap "cikgu  yang cakap "

rasa macam dengar kain terkoyak jeh .

sretttttttttttttttttttttttttttttttttttt ~ !

"kau buat apa sampai dapat cop jahat tu ? ponteng ?"

"aku pau orang , aku belasah orang , aku datang lambat ,tak siap kerja sekolah ,aku tak pandai .Tapi ,aku tak ponteng ,hari-hari mak hantar sampai depan pagar ."

Dah tu ? kenapa tak nak masuk dalam ? (dewan program)

Dalam tu . .semua orang baik-baik .aku jahat .mana boleh duduk dengan orang baik .Ustazah kata . .orang jahat macam tukang besi ,orang baik macam penjual minyak wangi.Cikgu pula kata . .oang jahat masuk neraka .

Ehh .kau datang sini , jadi bukan ke kau orang baik ?

"mak yang suruh . . "jawabnya perlahan .

aku senyum :) anak yang patuh . Dan ibunya mempunyai kesungguhan yang tinggi untuk melihat anaknya jadi lebih baik ,
dari petaling jaya sanggup ke sini .

" dah tu ?tak nak masuk juga ? "

Dia senyap .Aku kira . .keengganan dia untuk tak join budak yang lainnya bukanlah berdasarkan teori budak  jahat-budak baik je.

Hmm . Jadi kena korek juga rahsia budak ni :)


Aku berdiri ,dan usap kepala dia .

"hebat kau . aku pun masa sebaya kau  macam tu . "

Dia angkat muka . "Ustazah ? Tak mungkinlah "

" Tapi bukanlah macam tu . . aku buli orang yang buli abang aku je .Dulu abang aku kena buli je .Dari sekolah rendah ,sampai sekolah menengah .1 peristiwa yang aku ingat .masa darjah 2 ,masa tu hari jumaat .cikgu pergi solat jumaat .dan masa tu hujan .Macam biasa ,aku penolong kelas masa tu ,salin kerja sekolah kat papan hitam .Tengah dok syok menulis,abag aku datang dengan basah kuyup dan banyak kesan tapak kasut kat baju dia .Dan kat belakang dia,ada beberapa orang lelaki kejar dia .So..aku apalagi .Aku ambil pembaris kayu cikgu yang panjang dan besar,aku kejar budak-budak tu .Sorang tercedera,aku terpukul kening dia .Berjahit kening dia. Pernah ,aku tengah training badmintn ,masa tu nak ke peringkat negeri ,kawan aku datang . .dia kata . .abang aku kena buli .Sampai je kat kelas dia,aku tengok pembuli yang tak hemsem tu ,dah angkat kerusi nak hempas kat dia .Dengan raket yang ada kat tangan ,aku tibai mamat tu . safwan namanya . "

Aiman buat muka tak percaya .

"ustazah biar betul .Okei ..aku nak bukti . Kalau orang yang pandai belasah orang,mesti ada parut .Macam aku ni .
Dia terus tunjuk parut dekat lengan dia "

*oh ,yeke -__-" dan dan je budak ni .betul ke teori tu ? entah .ciss berlagak betu budak ni . dia kata dia pandai belasah orang -______-"

aku terus tunjuk .Parut kat dagu .8 jahitan .

Riak muka dia terus berubah .

yes ! dah terkena jerat :3 tsiqah bakal di genggam . in shaa Allah . .

*btw parut tu bukan parut hasil tumbuk menumbuk atau tendang-menendang .Parut jatuh pengsan .Dagu tersentak dekat atas jalan tar .koyak ,dan kena jahit .

"akak pun jahat . kita geng la weh "

aku tarik telinga dia . haha . maaf lah .

Betul tak nak masuk ni ?

Dia angguk .

"Kenapa ? "

Jawapan aiman ,yang buat aku rasa nak nangis .

"Ustazah , boleh tak . .hantar aku balik ?lepastu duit pendaftara tu ,kalau aku tak masuk program ,boleh dapat semula kan ? "

aku buat muka toya . tanda tak faham .

" Duit tu ..boleh buat beli lauk .bagi adik adik aku makan .Mak kerja susah . . . .Ayah . "

Dia terdiam . .dan aku pun terus diam . .menunggu dia menghabiskan yang terbuku di hati .

























Tuesday, May 27, 2014



“As I look back on life, I realize that every time I thought I was being rejected from something good, I was actually being redirected to something better. You must convince your heart that whatever God has decreed for you is the most appropriate and beneficial to you.”
- Imam Al Ghazali




Sunday, May 18, 2014

Dulang emas .

I

Teringat aku pada sosok tua ,
Hadirnya ke sebuah kandang yang menternak manusia bijak ,
dengan pakaian yang di anggap paling  terbaik ,
kopiah tanda agama di semat di kepala ,
baju batik ,berkasut .
hadir dengan seyuman ,
juga dengan rasa besar hati mungkin .

Aku turut hadir  .

Di sudut itu
Aku perhatikan semuanya .

Wahai bapak
senyumanmu ikhlas ,
sinar matamu tulus .

Wahai bapak ,
aku mencari sinar asbab wujudmu ,
dirai ala kadar ,
sedangkan kamu lah tetamu , kamulah raja ,
hadirmu membawa barokah ,
pulangmu menggugurkan dosa tuan rumah .
kau datang dari kampong ,
kau tidak tahu berbahasa dengan bahasa penjajah ,
kerjamu mendulang ,
kerjamu bergelumang dengan keringat dan lumpur ,
apa sidang ini mengerti ?

II

Sidang ini tamat .
Dan kau berjalan perlahan meninggalkan ruang sidang ,
langkahmu perlahan ,
perlahan ,
wahai bapak ,masih tersisakah kudratmu ?

Dan anakmu menanti ,
di sebalik kereta tua ,
yang diletakkan jauh dari kereta-kereta sidang yang mahal dan besar belaka

Wahai bapak ,

aku malu

aku malu

aku malu

sidang yang kau anggap sebagai golongan cendekiawan ini
sebenarnya , jahil .bodoh .

kemanusiaan mereka hilang ,tenggelam dengan mitos kuasa .

Wahai bapak ,
Wujudmu seperti akar
dan sidang cerdik pandai ini hanyalah bunga dan buah yang terbit daripada akarmu

Apakah kan mereka mengerti ?

Wahai bapak
nantikan aku berdiri di atas sidang ini ,

menjulang kamu dan sekaliannya ,
kita buktikan akar yang menalar itulah sumber .
tanpa akar ,tiada buah ,tiada bunga .

Tiadalah semuanya .

Wednesday, April 30, 2014

Sifir seorang fakir(bodoh )






Aku si bodoh .
Sifir belajar ku mudah .



Jangan merasa diri bodoh kerana memang kita bodoh .
Jangan pernah berhenti belajar kerana kita pelajar ,
Jangan pernah malu mengaku salah
Jangan pernah malu untuk terpelecok ketika berjalan mahupun berlari ,
Jangan pernah malu untuk tergeliat lidah ketika berbicara
Jangan pernah malu untuk bertanya
Jangan pernah malu untuk berfikir
Jangan pernah malu untuk bersahabat

Tapi ,
Malulah dengan cita-cita yang tidak mahu menjadi si bodoh yang pandai ,
Malulah dengan cita-cita si bodoh yang buat-buat pandai ,

Silakan .
Malu .

Wednesday, January 22, 2014







Semua .
Sibuk ,mengejar untuk berada di puncak .
Jika aku kata kita pentingkan diri ,
kau marah ?

aku tak kisah ,
Cuma aku rasa ,
terlalu ramai yang pentingkan diri .

Daie sekarang ,
terjerat juga dengan tipu daya materialisme ,
tak begitu ?

yang namanya daie itu  perlu jadi pensyarah ?
baru dapat menyampaikan ,
yang namanya daie perlu jadi ostad ostajah  dan masuk tibi ?
baru dapat menyampaikan ,
yang namanya daie perlu jadi YB ,
baru dapat menyampaikan ,
yang namanya daie perlu masuk unibersiti ,
dapat degree ,PhD ,
baru dapat menyampaikan ,
gitu kah ?

itu semua medium di zaman saintisme ni ,
medium ,

ada ,ada antara kita bila di puncak ,
gayat nak pandang bawah  ,
takut jatuh mungkin .

entah .
maaf aku merepek ,

aku tak kata ,ceramah ostad ostajah yg mcm retis tu salah ,
aku tak kata pegi rumah ke rumah bg bantuan tu salah ,
aku tak kata 

tapi aku terfikir ,
ada ,ada hati hati yang merindui Tuhan ,
tapi mereka tak mampu membawa diri dekat denganNya ,
Di hambat cabaran dunia ,

terulit susah mencari sesuap nasi ,
pernah kita sedar ?

Tu ,
mak timah ,pak jo yang kerja kilang ,
takud nak solat ,
sebab supervisor kata ,nanti potong gaji .
siapa dalam kilang nak tolong diorang ,
semua daie sibuk jadi YB ,
jadi selebriti ,
mane nak kerja rendah macam ni ?
tu ,
prebet sapu ,
masa azan sibuk cari pelanggan ,
nak pegi masjid ,
takut terlepas pelanggan ,
nanti katanya takde duit nak bagi anak bini makan ,
tu ,
yang dekat pasar malam tu ,
sibuk berniaga  ,
sampai gema azan tenggelam dengan bunyi generator ,
tak sedar ,
kita pulak ,
seronok membeli ,
kau mungkin tak begitu ,
mugkin aku .

kau bagi la VRIM ke ,VROOM ke ,
kau bagi la ceramah macam wasiat tahun baru ke ,

sejauh mana kesan ?
makin dekat dengan Tuhan ?

entah .

 senang ucap ,





Jika sibuk cari duit ,
nanti dah mati nak bawa apa ?
sibuk cari duit ,
entah berapa amal kita .

aku ,
gelak .
geli mendengar itu .

bukan ada salah tatabahasa ,
tapi aku rasa ,
terkadang kata-katamu terlalu tinggi.
fantasi .

“ kita kena begini ,
kita tak boleh begitu ,
kena dengar kuliah ,
kena datang kelas agama ,
kena berdamping dengan alim agama , 
ini haram ,
jangn begini “

fantasi ,
yang marhaen tak dapat nak 
mencapai reality 


Dia nak cari Tuhan ,
tapi tubuh jadi hamba pekerjaan ,
Dia rindu Tuhan ,
 tapi iman tempang dalam menggapai ,

siapa nak bantu dia ?
aku ? kau ?

entah .

semua mahu memerintah ,
mengisi barisan pemimpin di pundak tinggi ,
tapi jarang yang mahu bersama-sama berada di bawah ,

begini .

cubalah cuba ,
nanti ,kau buka pintu rumahnya ,
dan lihat erti tanggungjawab yang dia punya ,

entah ,

nanti kau makin mengerti ,
atau makin tuli ,