Malam tadi
,sempat berkongsi rasa dengan seorang akak senior yang aku kagumi ,
“ Aktivisme tak perlu ikut mati bila kita grad .
Lepas grad nanti rasalah macam mana susahnya nak mempertahan kan idealisme dan
nak adapt dalam masyarakat .
Jika lepas grad ,ummi memandang mencari kerja itu sebagai satu cabaran,itu
adalah petanda idealisme,aktivisme dan intelektualisme(I.A.I) ummi sudah mecapai tahap
nazak .
Dan saatnya ummi merasa lega/selesa kerana sudah punya kerja . itu adalah hari
di mana idealisme ,aktivisme dan intelektualisme ummi sudah mati tanpa kuburan “
-kakak
Bagi mengupas statement kakak ,aku pecahkan kepada beberapa persoalan .
-tanya diri ,apa erti ,,tujuan ,idealisme,aktivisme dan intelektualisme
-berdasarkan rekonstruksi tujuan ,bagaimana pula mahu di implementasikan ?
-Bila 2
persoalan tadi sudah dijawab ,maka barulah kita boleh check balik asbab
lemaunya tiga elemen tadi .
Ramai senior (baca : aktivis ) mengatakan seperti yang dikatakan oleh akak tu ,
bila dah grad,berkahwin ,beranak pinak semua jadi lemau .
Meurut pendapat aku . .hala tuju selepas grad berkait rapat dengan perilaku semasa berada dalam alam kampus .Tujuan kita berada di sesebuah institusi pendidikan
tidak kiralah IPTA/IPTS/Pondok/Kolej hatta jalanan sekalipun ,perlu jelas .Tujuan dan matlamat lah yang menjamin jis
Aktivisme,ldealisme dan intelektualisme kita .Aku ,mendefinisikan IAI sebagai alat
untuk menjana / menjamin kelangsungan tugas (baca:khalifah) .Justeru ,jika kita
sudah memahami tugas,sepatutnya kita tidak merasai ‘nazak ‘.
Tentang payahnya mempertahankan idealisme dan adapt dengan masyarakat pula . .jika IAI(baca :tajdid) yang
kita mahu bawakan adalah bersifat baharu . .memang akan punya kesukaran .Lihat
saja risalah nabimu Muhammad .Pada islah dan tajdid yang dibawakan . .berapa
banyak penentangan yang sudah dihadapi oleh baginda ?Dan percayalah jika IAI
kamu itu adalah kebenaran . .maka ia takkn pernah tenggelam dengan kebatilan .
.seperti sebatang mancis yang menyala dalam kegelapan .Itulah sifat kebenaran
.Walau terkadang kebenaran itu akarnya menyusur dengan begitu lambat .
.Perjuangan kamu boleh saja memberikan kesan ketika kamu masih hidup . .bahkan
mungkin segar menalar ketika kamu sudah berjumpa Tuhan .Aku hanya menitipkan
dalam diri ..Fasbir sabran jameela ~
Dan . .dalam implementasi idealisme ,aku masih berpegang kepada prinsip “university as conscience of society “
Ilmu yang ku pelajari di university ,adalah milik masyarakat ,milik dunia dan
seisinya .Bagaimana kita mahu memulangkan pada masyarakat . .itu terpulang
.Cumanya ..agamaku bersifat murunah(fleksibel) . .maka perbuatanku juga perlu
murunah terhadap masyarakat .Rigid terhadap idealisme ,namun metod aktivisme perlu
dipelbagaikan serta disesuaikan mengikut
masyarakat ,selaras dengan tahapan
intelektualisme .Berakhlak dalam mendepani kerenah masyarakat .Jangan pernah membiarkan ego mu melangkaui matlamat mu .
Beralih kepada isu pekerjaan . .jika kita mampu berada sebaris dengan golongan professional
,maka teruskanlah .Dan sentiasa ingat . .kehidupan hanyalah alat IAI (baca:dakwah)
kita .
Cita-cita dan semangat perlu sama tinggi .Agar . .nantinya kita tidak berhalunisasi ,
IAI hanya hebat di fantasi , bukan realiti .
Kadang-kadang aku terfikir . .
Cita-cita dan semangat perlu sama tinggi .Agar . .nantinya kita tidak berhalunisasi ,
IAI hanya hebat di fantasi , bukan realiti .
Kadang-kadang aku terfikir . .
Semua seronok belajar tinggi-tinggi ,
Berimpian jadi menteri ,
siapa yang mahu turut menyertai
marhaen d bawah kaki ?
Semua nak jadi professional,ahli akademik
nak ubah system
tapi tak pernah mahu merasai perjalanan system
bagaimana mahu merubah dengan baik ?
Bagaimana mahu membantu masyarakat ,
Gajah jauh depan mata , Nampak .
Kerengga atas hidung tak Nampak .
Soal pekerjaan . .aku tak memilih sangat .
Aku tidak pernah mengimpikan hidup sebagai jutawan maddi ,
kerana..selama ini aku temui kebahagiaan dan cinta pada kesederhanaan .
Aku sangat bersyukur ,,Tuhan masih
memelihara aku daripada menjadi hamba materi.
Apa yang aku mahu ,Hanyalah menikmati setiap saat perjalanan hidup dan
memastikan kewujudan aku di sesuatu tempat ,
mampu menempiaskan nikmat bertuhan (tauhid).
Moga ‘aku’ punya nilai di sisiNya
Jika kita bersama masyarakat yang bekerja kilang ,
bagaimana mahu mereka turut merasa nikmat bertuhan di sebalik pekerjaan yang
dipandang rendah dan system kilang yang bobrok .
Dan . .teramatlah penting . .untuk kita turun ke dalam masyarakat .
.berjinak-jinak dengan mereka ..
dekati dan cuba fahami kepelbagaian yang membentuk masyarakat itu .
Jangan tunggu dah grad ,barulah mahu terjuan bersama masyarakat ,
Pada saat itu ,
dengan tekanan mencari kerja ,tekanan jiwa yang dahagakan pasangan ,
semua tu menjurus kepada ranapnya semangat IAI (dakwah)
Ada juga yang mencanangkan solusi dengan
‘berjemaah’,
Mungkin itu adalah solusi terbaik buat masa sekarang .
Namun ingatlah juga . .tak semua perubahan perlu dilakukan berjemaah ,ada juga
yang mampu dilakukan secara sendiri-sendiri .
Sudah semestinya . .idealisme ,aktivisme dan intelektualisme tak boleh
dipisahkan .Ibarat kesatuan jalur hissi dan fikri ,jika di pisahkan atau kurang
seimbang keduanya . .maka ranaplah kesejahteraan hidup .
Kesimpulannya . .aku dan kamu perlu sedar . .tujuan .Tujuan hidup ,tujuan melakukan itu ,melakukan ini . .seandainya tujuan hidupmu benar . .sandarkanlah pada Tuhanmu ,
Moga ditetapkan hati di jalanNya . . .sampai nanti . .mati .
Kesimpulannya . .aku dan kamu perlu sedar . .tujuan .Tujuan hidup ,tujuan melakukan itu ,melakukan ini . .seandainya tujuan hidupmu benar . .sandarkanlah pada Tuhanmu ,
Moga ditetapkan hati di jalanNya . . .sampai nanti . .mati .
Buat diriku ,
sentiasa koreksi diri ,rendah hati dan berjiwa hamba . .
Setiap perjalan hidup itu . .Nikmat Bertuhan !
Mari nikmati ! :)
Setiap perjalan hidup itu . .Nikmat Bertuhan !
Mari nikmati ! :)