Islam menganggap manusia adalah orang yang bertanggungjawab terhadap suasana yang berada di sekitarnya .Dialah yang mampu mengubahnya apabila berubah apa yg ada dlm dirinya iaitu merubah pemikiran ,arah tuju dan perangainya .Maka,berubahlah suasana dan berubahlah sejarah . . (13:11)
Translate
Saturday, November 1, 2014
Genta Rasa I
Memerhatikan titisan hujan.
Menyentuh bumi,
Aku biarkan diriku kembali ke dimensi tadi.
Di ruang itu
Sekali lagi aku di situ.
Aku memandang dia dgn sinar mata hormat disaluti kebencian.
Ya.
Kebencian.
Mungkin.
Sosok tubuh yang Ku kira banyak menyemai jasa.
Namun sosok itu juga rakus.
Membunuh marhaen di bawahnya.
Entah dia sedar mahupun tidak.
Duit korupsi yang di anggap rezeki.
Penyebab sebahagian kami menyembahmu sampai ke kaki.
Kau
Semakin mahu ku kenali.
Semakin mahu ku percayai.
Seperti bawang,
Dikupas lapis demi lapis,
Semakin memedihkan.
Pilihanku kini
Percaya apa yang ku temui.
Berusaha semampuku
Berjasa pada ruang yang ku takluki.
18:13.
Surau B.A.P.