Islam menganggap manusia adalah orang yang bertanggungjawab terhadap suasana yang berada di sekitarnya .Dialah yang mampu mengubahnya apabila berubah apa yg ada dlm dirinya iaitu merubah pemikiran ,arah tuju dan perangainya .Maka,berubahlah suasana dan berubahlah sejarah . . (13:11)
Translate
Tuesday, November 4, 2014
"Kerja Berat Fikir Ringan?"
Sejak awal masa mengenali usrah, kita sudah pandai menyebut 'ghazwah fikriyyah" yakni ancaman peperangan pemikiran dan ideologi. Jika benar kita mengucapnya dengan faham dan sedar, bahawa itulah peperangan yang menyerang umat Islam hari ini, mengapa kita tidak suka berfikir secara mendalam dan serius, dan selesa berjuang dengan idea yang dangkal? Mengapa kita mengantuk apabila usrah berat? Mengapa kita tidak bertanya soalan selepas sejam dua jam mendengar wacana? Terbelakah Islam dengan kefahaman yang gitu-gitu itu?"
[Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Mu'arrikhūn]
Senario yang sentiasa bermain di minda setahun dua ini.
Dan masih bermain di minda. Yang aku fikir, tak akan habis difikir.
Yang semakin lama, semakin diperhatikan, semakin mengusutkan minda.
Kader-kader dakwah, yang kadang aku lihat, seolah lari dari realiti permasalahan semasa, dunia.
Adakah medan dakwah, usrah itu hanya sekadar mahu mengajak orang berjuang, berukhwah, berbincang soal hati, kadang-kadang dibawa bincang isu semasa secara superficial?
Sedang dunia yang rumit dan kompleks ini, isunya, jarang-jarang dibawa berbincang dalam bulatan usrah. Secara berstruktur dan mendalam.
Yang akhirnya membawa kepada, kita saban waktu bercakap soal presenting problem, dan mahu selesaikan cepat masalah yang ada, sedang core problem, permasalahan yang mengakar, tidak dikaji, diteliti dan dianalisis. Maka, solusi yang benar-benar berkesan, sukar atau mungkin saja mustahil untuk ditemui.
Saya ulangi persoalan Ustaz Hasrizal;
Terbelakah Islam dengan kefahaman yang gitu-gitu itu?
:PNF
16:49