Translate

Thursday, October 30, 2014



Kehidupan sebagai musafir. Tidak akan statik di suatu tempat. Ia juga bermain di dalam roda kehidupan. Penuh dengan tanggungjawab yang perlu dilunaskan. Bagi kita segala ruang dan pakaian taklifan yang Allah pakaikan pasti akan dilucutkan semula apabila tiba masanya. 

Fikiran dan diri kita perlu terbang ke langit kebebasan. Saad Abi Waqqas juga berwawasan melalui katanya bermaksud sepertinya, "Aku adalah anak-anak panah Islam, maka panahkanlah aku ke mana-mana tempat yang dituju". 

Apabila tugasan kita telah selesai mengikut pertimbangan Pencipta ditempat sedia ada, maka pastinya akan ada tugasan baru yang akan menanti ditempat lain. Semoga Allah sentiasa bersama. 

"Ya Allah, janganlah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walaupun kadar masa sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu". 

Ameen.
dan, manusia tak pernah lari dari kesilapan,

maafkan saja,

daripada menyimpan hasad di hati,

hanya pada diri,

tak tenang diulit mimpi ngeri

baik maafkan saja,

yang untung dirimu juga,

yang bijak dirimu juga.

Monday, October 13, 2014

Aku.
Baik-baik saja.

Di bawah kamu bulan.
Aku termangu.

Mutiara yang mencium bumi.
Aku biarkan.
Moga saja bisa lega.
Jiwa ini rasa sedikit selesa.

Sungguh.
Kalau kamu.
Menjadi aku.

Dalam ruang yang kamu terasa tiada sedikit pun zarah oksigen.
Apa bisa kau bernafas ?

Kakimu mahu melangkah.
Mencari ruang untuk bernafas.

Tapi dirimu tak bisa lari.
Kau sudah tahu ,di ruangan itu oksigennya sudah habis
Oksigennya tiada!

Apa kau mahu yang lain turut merasa ??

Lalu Ku tarik buku.
Yang selalu menjadi peneman.
Tempat aku mencoret semua rencana dunia Ku .
Segala yang mahu di catur.
Pada buku itulah aku curahkan.

Aku larikkan pena di atas kertas itu
Sambil sendu yang semakin kuat
Mutiara juga makin lebat.

Otakku ligat.
Sekuat sendu .
Selaju mutiara.

Dan .
Ketika ini.
Aku mengadap sang bulan.
Ditemani bunyi unggas .
Angin yang cukup sejuk menggetarkan tulang belulang .

:)
Sudahlah.

Wahai bulan.
Dengarkanlah.
Aku alunkan al-mulk.
Sambil mengadap kamu.



Tak semua benda yang disyariatkan,
Kita boleh tahu maqasidnya..
Ada ilmu yg tak perlu d cari 'kenapa,kenapa Dan kenapa' .

Hukum-hukum Allah dalam al-quran,hadis..
Sentiasa terikat dengan tujuan Dan hikmah Yang Mesti menuju kebaikan Dan menolak kemudharatan 
Untuk manusia Dan Alam.

#MaqasidSyariah