Umur saya 21 tahun.
Masih muda dan mentah.
Saya tak pernah menafikannya. Keremajaan menjadikan saya perlu berhati-hati. Apa yang tak sedap hati, tunggu dan fikir dulu. Saya tak boleh semborono buat apa yang saya rasa suka dengan memegang prinsip berani kerana saya fikir ada lagi perkataan selepas "berani" iaitu "bodoh" dan disambung pula dengan perkataan "perasan matang."
Dan dengan peluang yang serba luas, saya tak sanggup lagi mencemarkan dunia saya dengan sesuka hati mendedahkannya kepada orang lain.