Translate

Friday, August 22, 2014



Dan Pada segala pujian yang Ku terima
Moga sahaja Tuhan terus mengurniakan dan melindungi kerendahan hati.

Terus menerus dilindungi daripada syaitan yang direjam.



Dan sesungguhnya segala yang Ku kecapi adalah hasil sentuhanNya 
Melalui wasilah yang mulia .
Muhammad s.a.w


Juga mama Dan ayah yang begitu sabar mendidikku 
Dengan penuh cinta .

Teruskan berjalan dengan kerendahan
hati !



" Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada suatu sari pati (berasal) daripada tanah. Kemudian Kami jadikan sari pati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging. 
Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. 
Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik. " 

Surah Al-Mu'minun: Ayat 12-14

Thursday, August 14, 2014

Umur saya 21 tahun.
Masih muda dan mentah.
 Saya tak pernah menafikannya. Keremajaan menjadikan saya perlu berhati-hati. Apa yang tak sedap hati, tunggu dan fikir dulu. Saya tak boleh semborono buat apa yang saya rasa suka dengan memegang prinsip berani kerana saya fikir ada lagi perkataan selepas "berani" iaitu "bodoh" dan disambung pula dengan perkataan "perasan matang."

Dan dengan peluang yang serba luas, saya tak sanggup lagi mencemarkan dunia saya dengan sesuka hati mendedahkannya kepada orang lain.

Sunday, August 3, 2014



Bila taqwa menjadi Malu kerana amanah ,
Apa perlu dibiarkan sahaja?
Bila taqwa tidak sepadan dengan amanah ,
Apa perlu dirungutkan sahaja ?

Fikir .

Jangan terlalu malas untuk berfikir,
Jangan terlalu malas untuk bertindak ,

Jangan pamerkan  tolol di sebalik tirai bijak.