Translate

Thursday, June 26, 2014

Oh buku .




Kita wajar berpesta di kalbu buku (A. Samad Said)






To have such knowledge of such a thing is to dominate it, to have authority over it. And authority here means for “us” to deny autonomy to “it” — the Oriental country — since we know it and it exists, in a sense, as we know it.
:Knowledge is power -Edward Said


Thursday, June 12, 2014





Bermimpilah,
dan Tuhan akan memeluk mimpi-mimpimu
Terus kuat demi Tuhan , demi ummah! 

Infiru weh !


Wednesday, June 11, 2014



Mereka (para malaikat) berkata:

"Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami: sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
(2:32)
Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung.
atas kepala Tuhan punya, bawah kaki pun Tuhan punya.

jangan sombong.



 ‘’ Wahai Tuhan kami , Tambahkanlah bagi kami ilmu dan kefahaman , bukakanlah pelindung dari kesulitan-kesulitan hingga kami dapat menguasai pelbagai bidang dan lapangan ilmu , peliharalah kami dari kesalahan dan kesesatan , Sesungguhnya Engkau mentadbir segala urusan dan Engkau Maha mengetahui alam ghaib . ‘’ doa imam syafie

Sengaja

Tak semua pelajaran perlu di ajar
 kepada kamu itu . .

yang benar dan betul sahaja .

Sengaja aku terkadangnya membuat kesalahan ,
agar pada matamu aku bukan maksum ,
biar nanti kau tidak  buntu dan termangu 
menemui perkara semacam itu

pembelajaran bukan sahaja boleh ditemui pada kebaikan ,
pembelajaran juga wujud pada keburukan .

kesalahan yang kau lakukan ,
kadang sengaja aku biarkan .
Diam itu sebagai pembelajaran 

Tak semua pembetulan perlu pada perkataan (berkata-kata)

kadang sengaja aku biarkan kau larut dalam kesalahan
membiarkan kau merasa 
dan nantinya terhantuk ,
barulah  terngadah .

dari titik itu
kau kan bersumpah tidak akan mengulangi
juga tidak akan membiarkan di ulangi .


Dunia di luarmu terlalu rencam ,
Sebelum kau melangkah keluar ,
Biar aku yang jadi malaikatmu dan iblismu .

Izinkan aku  .

Apa yang perlu kau lakukan .
Hanyalah 
Teruskan berfikir , nikmati  .
Beraksi bila perlu .

Teruskan mengasah kematangan mumaiyiz mu .





Tuesday, June 10, 2014

Gadis-gadis Haraki

Buka email ,menerima kiriman 'surat ' daripada seorang sahabat .
Menurutku ,inilah kemanisan yang dirasai kebanyakan akhwat yang berkecimpung dalam gerabak dakwah .Cuma mungkin . .ada yang belum mencapai tahap 'Gadis Haraki' . .macam aku . .belum lagi ^^v


 --------------------------------------------------------------------------------------------

" Gadis-Gadis Haraki "


"Kita adalah kaum yang telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam.Barangsiapa yang mencari kemuliaan selain daripada Islam, maka kehinaanlah”
 :Amirul Mukminin Sayidina Umar al-Khattab


Salam perjuangan buat Gadis- gadis haraki,
yang sedia menyerahkan harta dan jiwanya demi Allah, yang hatinya terpasak aqidah perjuangan yang kukuh, yang teguh tanpa ragu- ragu, berintima’ dengan Harakah Islam yang semata- mata jelas perjuangannya demi menegakkan kalimah Allah hingga mencapai kemenangan atau Syahid dipertengahan jalan, moga- moga hingga helaan nafas detik ini masih tsabat dan berkobar- kobar semangatnya ingin meneruskan perjuangan.

Saya mengenal Perjuangan dengan penuh rasa takjub, kepada Allah yang menciptakan gadis- gadis haraki yang begitu degil, keras hati, dan tidak mudah mengalah dengan arus demi arus yang merintangi, semua itu ditanggapi sebagai proses tarbiyah yang menjadi makanan dalam perjuangan islam,mulanya tertanya- tanya atas dasar apa mereka tidak tidur, berbagi kelas dengan meeting, usrah dan sebagainya, tapi akademiknya tidak lumpuh malah terus menerus dengan kecemerlangan. Lewat dua tahun dahulu saya mula mengerti, ketika saya mengenal perjuangan yang saya pilih, maka saya mengenal lebih dalam gadis-gadis haraki ini, dan mengerti, untuk siapakah keletihan mereka itu dicurahkan.

Gadis Haraki bukan gadis yang berjalan penuh keayuan, bercakap dengan suara yang hampir tidak kedengaran, dia bukan juga gadis idaman dalam filem- filem cinta islamik, juga bukan yang sentiasa
menjinjing novel- novel cinta islamik, jika anda mencari muslimat seperti itu, maka jauhi gadis- gadis haraki, yang tega dan bersuara lantang, bukan mengetepikan rasa malu yang sememangnya kembar bagi seorang muslimat, tetapi terpaksa menggadaikan prinsip selagi tidak bercanggah dengan syariat demi Ummah.Lihat sahaja muslimat- muslimat harakah islam yang sanggup turun meredah banjir
lumpur malah berasak- asak ditengah kota di malam tahun baru demi menyampaikan dakwah islam, kepelusuk kampung, malah ke luar negara yang dilanda bencana
sekalipun.

Dan tentu sahaja si gadis - gadis haraki juga mahu menjadi seperti kekanda dan juga bonda mereka dalam medanperjuangan, justeru, gadis- gadis haraki teguh dan tegar menempuh cakap- cakap sindiran yang menyatakan mereka ini tidak tahu malu, tidak pandai menjaga diri dan sebagainya kerana gadis- gadis haraki ini sahajalah yang faham, mengapa mereka perlu turun dan betapa besarnya peranan mereka bukan sekadar tinggal diam dirumah, menonton drama korea mahupun
belajar semata- mata.kerana Ummah yang rosak akhlaknya dan penuh dengan budaya jahiliyyah, sentiasa melambai- lambai menuntut gadis- gadis haraki turun, atau lainnya menjawab nanti dihadapan Allah, itu pilihan bagi gadis- gadis haraki.

Bukan sedikit tukaran yang terpaksa dibayar gadis- gadis haraki ini, tentangan keluarga 
yang tidak betah melihat anak gadisnya lincah kesana- kemari, sahabat- sahabat berbeza fikrah yang tidak akan mengerti,malah kadang kala gadis-gadis haraki tidak terlepas dari ujian cinta yang sentiasa mengejari, maka si gadis haraki terus menerus mohon ditsabatkan Allah dalam medan perjuangan ini sehingga akhir hayatnya, kerana mereka sedar rantaian perjuangan islam ini sentiasa silih berganti, maka mereka- mereka inilah yang bakal menjadi tampuk perjuangan di masa hadapan nanti, jadi terus- menerus si gadis haraki berdoa agar tidak futur dipertengahan jalan dan semangatnya mati.
Si gadis haraki tidak penah jemu mengisi lompong- lompong dalam memahami perjuangan, sentiasa mengisi tsaqafah dengan bahan bacaan, rak bukunya penuh dengan makalah- makalah usrah, kitab-kitab haraki, buku- buku perjuangan dan travelog perjuangan tokoh- tokoh gerakan islam, dan tidak malu bertanya dengan ulama’ dan tidak pernah penat menghadiri usrah dan liqa- liqa kefahaman, agar perjuangan dapat dipegang dengan kukuh,kerana itu si gadis haraki tidak betah tinggal diam dirumah, kerana dia harus melumatkan kefahamannya terlebih dahulu sebelum memanggil gadis lain menyertai perjuangan ini.Malah bukan sedikit si gadis haraki yang tidak mahu masuk ke gerbang perkahwinan kerana bimbangkan kekurangan komitmen yang akan diberikan kepada harakah islamiyah di masa hadapan

Maka pejuang-
pejuang harakah islamiyah diluar sana, jika anda inginkan suri hidup yang 24 jam

dirumah, mengemas, mengulit si anak, tidak keluar berjuang sekalipun ke usrah, maka
jauhilah gadis- gadis haraki, dan janganlah membantutkan semangat juang si gadis-
gadis haraki.
Maka si gadis- gadis haraki, teruslah pegangi akidah perjuangan ini, yakini, dan berakhlak seperti engkau yang telah ditarbiyah, usah pernah berhenti, atau berniat untuk berehat sebentar, kerana
perjuangan ini bersifat terus menerus dan memerlukan keistiqamahan, percayalah
rehatmu yang awalnya dua bulan, bisa menjadi 4 bulan, setahun atau selama-lamanya engkau mungkin tidak akan menjejaki lagi jalan juang ini.

Usah pernah jemu wahai si gadis haraki..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Thursday, June 5, 2014

Aiman ( II )


“ Ustazah , boleh tak . .hantar aku balik ?lepastu duit pendaftara tu ,kalau aku tak masuk program ,boleh dapat semula kan ? "

aku buat muka toya . tanda tak faham .

" Duit tu ..boleh buat beli lauk .bagi adik adik aku makan .Mak kerja susah . . . .Ayah . "

Dia terdiam . .dan aku pun terus diam . .menunggu dia menghabiskan yang terbuku di hati .

Anak ini . .  :)
Tuhan . . indahnya ujianMu pada anak ini . Moga kau terus beri dia kekuatan dan petunjukMu .

Mata Aiman merah . .aku yakin,dadanya pasti terasa sesak . .bilamana mahu meluahkan segala beban yang terpendam .Sengaja aku tidak bertanya lebih jauh . .Bagaimana keadaan keluargamu dik . .
Pahit manisnya biarlah kau yang mengerti .
Itulah . .yang akan membentuk diri kamu nanti .

Aku pandang langit . Mendung .
Beginikah perasaan kamu aiman ?

Aku tak mahu dia dan aku larut dengan sedih .
Pap ! !bahu aiman ku tepuk !
Tersentak budak tu . .herher. .

“Man , macam ni la .Akak boleh pulangkan duit tu. .tapi dengan syarat . .aiman masuk ,join program .”

“Dalam tu semua orang baik-baik .seganlah ustazah “

“Cehh . orang pandai belasah orang pun segan . Tak sado lah kau .Okei ,kita bet . .kau boleh ikut program ..akak pulangkan duit dan akak bagi part makanan akak kat aiman .Nanti aiman boleh bawak balik . amacam ? baru anak jantan . . “

Aiman diam .

“okei ustazah .Kita bet “ sambil hulur jari kelingking dia .

“orait . bet .Kita tengok . .kau bole tahan tak “

Lalu ku hulur sebungkus makanan pada aiman .

“ Nah . mesti kau lapar gila kan .tambah tadi kau dah meraung .Haha “

“Ustazah ni , kenapalah ustazah ni rock sangat “

dushhhh ! rasa macam dapat penumbuk .Setiap kali program ni . .mesti aku dapat gelaran tu T.T
“ustazah rock “

Bungkusan makanan baru nak ku buka . .tapi ku tengok . .aiman menyimpan kembali  nasi yang diberi tadi .
mahu dibawa balik katanya
aku senyum :)

Aku terus tak jadi makan  T.T
rasa nak usap-usap je kepala budak ni .
macho betul !

aku hulur air sirap yang dah takde ais kat dia .
tengok cara dia minum . .kehausan -__-“
sekali dengan gelas aku dia tibai .

haha .takpelah dik . .bahagiamu ,bahagiaku juga :P

Aku masuk ke dewan semula ,kali ni . .dengan aiman .
alhamdulillah ~

“Aiman , nak masuk group mana ?
boleh pilih “

“masuk group ustazah boleh ?”

“ group akak semua makwe dik . .nanti habis kau ngorat :P “

Dia tersengih . .

“adik masuk group abang haikal .Tu yang kat hujung tu . .yang pakai baju merah tu “

Aiman menurut . .

Dan sepanjang program . .sekali sekala aku curi-curi tengok dia .
Budak macho tu 

Alhamdulillah ..dia cepat je adapt dengan suasana . .dan boleh tahan becok mulut dia .
setiap kali slot yang aku kena lead,konfem dia jerit “ustazah rock” ! .
Dia sangat enjoy .

ZZzzz~~

sampai ke sudah melekat nama tu -____-“

Pada akhir program ,sesi bersalam-salaman . .aliah dan aisyah ,boleh pula menangis .
comel sangat  budak menangis ~~nak salotape mata diorang ~

Peluk dua-dua orang tu .Aku bacakan doa penerang hati dan tiup ke ubun-ubun diorang .
Moga kamu kamu lah penyambung mata rantai perjuangan .
Lantas ku hadiahkan pada dua orang tu . .gelang tasbih dan seutas tasbih kecil .Nasib baik gelang dan tasbih tu hampir sama pattern .If tak . .mesti berebut punya -___-“

Aliah kata . .  “Ustazah ,nanti kitorang datang lagi tau “

Lepas je dua orang tu pergi . .Aiman datang .

Ku hulur sebuah beg berisi makanan dengan sampul yang berisi duit  .

“Nah . .akak dah kalah .Semua milik aiman “

Aiman tersenyum puas .
haha . Rasa nak salotape mulut dia :P

“Ustazah , terima kasih.. “ jawab dia pendek sambil tertunduk .

"Seronok kat dalam tadi ? "

"Seronok .Aiman tak sangka. .takde seorang pun yang panggil aiman samseng tadi "

Melalui sinar matanya ,aku tahu . .ucapannya ikhlas .

Bunyi hon kereta . Mak aiman dah sampai .Adik-adiknya menjerit dari dalam kereta .
“ abang aiman ! “
aku kira 4 orang adiknya .

Aiman mengucapkan terima kasih sekali lagi padaku .Dia menghulurkan kertas nombor telefon .

“Ni nombor mak aiman .Nanti ustazah kol aiman ye “

Hehh :3 budak ni .

aku mengangguk ,senyum . .

Aiman berlari-lari anak menuju ke kereta .Bungkusan makanan tadi di hulur kepada adik-adiknya .
Semua berebut .Bergaduh kecil .Lucu je tengok ~~

Dalam gaduh kecil kalian . .itulah kebahagiaan kalian ^_^

Aiman ..moga kau terus macho di sisi TuhanMu !

Aku nekad . .pada post-mortem kali ni . .mahu melontarkan pandanganku tentang ‘Aiman’ ,
post-mortem terakhir ini . .

Aku nekad . .mahu memperkenalkan Aiman .Aiman bukanlah adik yang cengeng atau menyebabkan ramai yang sebel .
Dia bukan begitu .




Wednesday, June 4, 2014

Koreksi I.A.I

Malam tadi ,sempat berkongsi rasa dengan seorang akak senior yang aku kagumi ,


“ Aktivisme tak perlu ikut mati bila kita grad .
Lepas grad nanti rasalah macam mana susahnya nak mempertahan kan idealisme dan nak adapt dalam masyarakat .

Jika lepas grad ,ummi memandang mencari kerja itu sebagai satu cabaran,itu adalah petanda idealisme,aktivisme dan intelektualisme(I.A.I) ummi sudah mecapai tahap nazak .
Dan saatnya ummi merasa lega/selesa kerana sudah punya kerja . itu adalah hari di mana idealisme ,aktivisme dan intelektualisme ummi sudah mati tanpa kuburan “ -kakak

 Bagi mengupas statement kakak ,aku pecahkan kepada beberapa persoalan .
-tanya diri ,apa erti ,,tujuan ,idealisme,aktivisme dan intelektualisme 
-berdasarkan rekonstruksi tujuan ,bagaimana pula mahu di implementasikan ?

-Bila 2 persoalan tadi sudah dijawab ,maka barulah kita boleh check balik asbab lemaunya tiga elemen tadi .


Ramai senior (baca : aktivis ) mengatakan seperti yang dikatakan oleh akak tu ,
bila dah grad,berkahwin ,beranak pinak semua jadi lemau .

Meurut pendapat aku . .hala tuju selepas grad berkait rapat dengan perilaku semasa berada dalam alam kampus .Tujuan kita berada di sesebuah institusi pendidikan tidak kiralah IPTA/IPTS/Pondok/Kolej hatta jalanan sekalipun ,perlu jelas .Tujuan dan matlamat lah yang menjamin jis Aktivisme,ldealisme dan intelektualisme kita .Aku ,mendefinisikan IAI sebagai alat untuk menjana / menjamin kelangsungan tugas (baca:khalifah) .Justeru ,jika kita sudah memahami tugas,sepatutnya kita tidak merasai ‘nazak ‘.

Tentang payahnya mempertahankan idealisme dan adapt dengan masyarakat pula . .jika IAI(baca :tajdid) yang kita mahu bawakan adalah bersifat baharu . .memang akan punya kesukaran .Lihat saja risalah nabimu Muhammad .Pada islah dan tajdid yang dibawakan . .berapa banyak penentangan yang sudah dihadapi oleh baginda ?Dan percayalah jika IAI kamu itu adalah kebenaran . .maka ia takkn pernah tenggelam dengan kebatilan . .seperti sebatang mancis yang menyala dalam kegelapan .Itulah sifat kebenaran .Walau terkadang kebenaran itu akarnya menyusur dengan begitu lambat . .Perjuangan kamu boleh saja memberikan kesan ketika kamu masih hidup . .bahkan mungkin segar menalar ketika kamu sudah berjumpa Tuhan .Aku hanya menitipkan dalam diri ..Fasbir sabran jameela ~

Dan . .dalam implementasi idealisme ,aku masih berpegang kepada prinsip “university as conscience of society “
Ilmu yang ku pelajari di university ,adalah milik masyarakat ,milik dunia dan seisinya .Bagaimana kita mahu memulangkan pada masyarakat . .itu terpulang .Cumanya ..agamaku bersifat murunah(fleksibel) . .maka perbuatanku juga perlu murunah terhadap masyarakat .Rigid terhadap idealisme ,namun metod aktivisme perlu dipelbagaikan  serta disesuaikan mengikut masyarakat  ,selaras dengan tahapan intelektualisme .Berakhlak dalam mendepani kerenah masyarakat .Jangan pernah membiarkan ego mu melangkaui matlamat mu .

Beralih kepada isu pekerjaan . .jika kita mampu berada sebaris dengan golongan professional ,maka teruskanlah .Dan sentiasa ingat . .kehidupan hanyalah alat IAI (baca:dakwah) kita .
Cita-cita dan semangat perlu sama tinggi .Agar . .nantinya kita tidak berhalunisasi ,
IAI hanya hebat di fantasi , bukan realiti .
Kadang-kadang aku terfikir . .

Semua seronok belajar tinggi-tinggi ,
Berimpian jadi menteri ,
siapa yang mahu turut menyertai 
marhaen d bawah kaki ?

Semua nak jadi professional,ahli akademik
nak ubah system
tapi tak pernah mahu merasai perjalanan system 
bagaimana mahu merubah dengan baik ?

Bagaimana mahu membantu masyarakat ,
Gajah jauh depan mata , Nampak .
Kerengga atas hidung tak Nampak .

Soal pekerjaan . .aku tak memilih sangat .
Aku tidak pernah mengimpikan hidup sebagai jutawan maddi  ,
kerana..selama ini aku temui kebahagiaan dan cinta pada kesederhanaan .
Aku sangat bersyukur  ,,Tuhan masih memelihara aku daripada menjadi hamba materi.
Apa yang aku mahu ,Hanyalah menikmati setiap saat perjalanan hidup dan memastikan kewujudan aku di sesuatu tempat ,
mampu menempiaskan nikmat bertuhan (tauhid).
Moga ‘aku’ punya nilai di sisiNya

Jika kita bersama masyarakat yang bekerja kilang ,
bagaimana mahu mereka turut merasa nikmat bertuhan di sebalik pekerjaan yang dipandang rendah dan system kilang yang bobrok .

Dan . .teramatlah penting . .untuk kita turun ke dalam masyarakat . .berjinak-jinak dengan mereka ..
dekati dan cuba fahami kepelbagaian yang membentuk masyarakat itu .
Jangan tunggu dah grad ,barulah mahu terjuan bersama masyarakat ,

Pada saat itu ,
dengan tekanan mencari kerja ,tekanan jiwa yang dahagakan pasangan ,
semua tu menjurus kepada ranapnya semangat IAI (dakwah)

Ada juga yang mencanangkan solusi dengan  ‘berjemaah’,
Mungkin itu adalah solusi terbaik buat masa sekarang .
Namun ingatlah juga . .tak semua perubahan perlu dilakukan berjemaah ,ada juga yang mampu dilakukan secara sendiri-sendiri .

Sudah semestinya . .idealisme ,aktivisme dan intelektualisme tak boleh dipisahkan .Ibarat kesatuan jalur hissi dan fikri ,jika di pisahkan atau kurang seimbang keduanya . .maka ranaplah kesejahteraan hidup .

Kesimpulannya . .aku dan kamu perlu sedar . .tujuan .Tujuan hidup ,tujuan melakukan itu ,melakukan ini . .seandainya tujuan hidupmu benar . .sandarkanlah pada Tuhanmu ,
Moga ditetapkan hati di jalanNya . . .sampai nanti . .mati .


Buat diriku ,
sentiasa koreksi diri ,rendah hati dan berjiwa hamba . .

Setiap perjalan hidup itu . .Nikmat Bertuhan !

Mari nikmati ! :)







Tuesday, June 3, 2014

Aiman ( I )

"Assalamualaikum n gud morning ~~nama akak Ummi Hanni Bt Imberan .Boleh panggil kak ummi .Akak..masih belajar..
belum berkahwin .Masih single dan takde pakwe . " 
Bila cakap part tu ..mulalah budak-budak ..jadi riuh rendah ~ saje ..nak pancing :3
"kalau nak jadi adik angkat ,boleh berbaris interview lepas ni , haha "

Kembali ke sini semula,menggalas amanah bersama permata-permata agama .
tenang . menatap wajah-wajah yang masih suci dari debu dosa .
siries . tenang :)
Moga Aallah permudahkan urusanmu adik-adik dan urusanku juga :)

Sseronok bersama adik-adik berkongsi teori dan melakukan praktikal fardhu ain .(PAFA)
mandikan adik-adik (haha XD) 
siram lama-lama sikit :P

seronok berkongsi tips menutup aurat .
melayan persoalan bernas dari malaikat kecil
kadang-kadang nak tergelak bila mendapat soalan yang 'comel'
main game , kenakan adik-adik .
Lagi-lagi slot si BuTemBi(Buta,Tempang ,Biasu)


maaf ,kakak ni memang jahat sikit :P

bila part menyanyi dan buat gaya ..mmg budak-budak paling suka .

ada dua orang kembar ni . .dah macam anak aku dah -___-"
tak boleh nak berpisah dengan aku .
aisyah dan aliah .
mesti mengekor ke mana je aku pergi ~

dan  . .dua orang kembar ni yang buat aku konpius untuk pilih peserta perempuan terbaik .
dua-dua bagus .
prestasi hampir sama .
cuma bezanya aisyah lincah berkata-kata dan mempunyai ingatan yang kuat bahkan sangat fokus bila aku berkongsi (tazkirah/penerangan tentang teori PAFA)
Aliah pula lincah juga berkata-kata,agak gila-gila budaknya . .dan mempunyai persoalan yang bagus dari setiap slot yang dia ikuti .Budak ni nampak tak fokus(mata tak fokus) tapi telinga cepat menangkap rupa-rupanya.
:3

oh . ahaa . Masa di awal program ,
ada seorang budak lelaki ..berumur 12 tahun . Erkk . . menangis kot .

kuat gila dia menangis .
habis semua AJK dan fasi pergi pujuk ,tapi tak maw jugak .
Rasa nak ambil salotape dan tempek kat mulut dia . Zzzz ~
*Tapi ,tak mungkin aihh nak buat gitu

so . .apa yang aku buat ,juz perhatikan macam mana AJK lain dan fasi pujuk beliau tu .
yang tak boleh tahan ,dengan abang fasi pun dia jual mahal .
berpeluh abang-abang tu kau buat dik . .
dan aku kumpulkan 'maklumat tentang beliau'

-ahmad aiman
-12 tahun
-bersekolah di sk ****,petaling jaya
-anak sulung
-ada rekod disiplin di sekolah ( maklumat ni febret ni )

then ,tiba turn aku untuk try pujuk budak tu -___-"
masa tu dia tak nanges sgt dah . .mungkin dah reda sikit hasil aura positif AJK dan fasi sebelum ni :)

aku datang dengan dua bungkus nasi (masa tu dah tengah hari ,*budak tu dok merajuk dari pagi sampai tengah hari )

aku amik port sebelah dia .

dia berganjak sikit . "ustazah , tak boleh dekat dekat . "
doa yang baik :) 'ustazah' .btw rasa tak layak lagi untuk gelaran tu .

"kenapa pulak tak boleh dekat dekat "

" sebab aku budak jahat . " jawabnya tulus sambil tunduk .

okei .aku rasa sayang kat budak ni .  :) jujur . seorang yang jujur dan berani mengaku salah .

"oh .. jahat tu apa ? jadi aiman budak jahat ,akak ni baik la"

dia angguk . " jahat tu . .cikgu dengan ustazah kat sekolah  yang cakap,diorang kata . .aku samseng "

berdesing telinga aku ,bila dia cakap "cikgu  yang cakap "

rasa macam dengar kain terkoyak jeh .

sretttttttttttttttttttttttttttttttttttt ~ !

"kau buat apa sampai dapat cop jahat tu ? ponteng ?"

"aku pau orang , aku belasah orang , aku datang lambat ,tak siap kerja sekolah ,aku tak pandai .Tapi ,aku tak ponteng ,hari-hari mak hantar sampai depan pagar ."

Dah tu ? kenapa tak nak masuk dalam ? (dewan program)

Dalam tu . .semua orang baik-baik .aku jahat .mana boleh duduk dengan orang baik .Ustazah kata . .orang jahat macam tukang besi ,orang baik macam penjual minyak wangi.Cikgu pula kata . .oang jahat masuk neraka .

Ehh .kau datang sini , jadi bukan ke kau orang baik ?

"mak yang suruh . . "jawabnya perlahan .

aku senyum :) anak yang patuh . Dan ibunya mempunyai kesungguhan yang tinggi untuk melihat anaknya jadi lebih baik ,
dari petaling jaya sanggup ke sini .

" dah tu ?tak nak masuk juga ? "

Dia senyap .Aku kira . .keengganan dia untuk tak join budak yang lainnya bukanlah berdasarkan teori budak  jahat-budak baik je.

Hmm . Jadi kena korek juga rahsia budak ni :)


Aku berdiri ,dan usap kepala dia .

"hebat kau . aku pun masa sebaya kau  macam tu . "

Dia angkat muka . "Ustazah ? Tak mungkinlah "

" Tapi bukanlah macam tu . . aku buli orang yang buli abang aku je .Dulu abang aku kena buli je .Dari sekolah rendah ,sampai sekolah menengah .1 peristiwa yang aku ingat .masa darjah 2 ,masa tu hari jumaat .cikgu pergi solat jumaat .dan masa tu hujan .Macam biasa ,aku penolong kelas masa tu ,salin kerja sekolah kat papan hitam .Tengah dok syok menulis,abag aku datang dengan basah kuyup dan banyak kesan tapak kasut kat baju dia .Dan kat belakang dia,ada beberapa orang lelaki kejar dia .So..aku apalagi .Aku ambil pembaris kayu cikgu yang panjang dan besar,aku kejar budak-budak tu .Sorang tercedera,aku terpukul kening dia .Berjahit kening dia. Pernah ,aku tengah training badmintn ,masa tu nak ke peringkat negeri ,kawan aku datang . .dia kata . .abang aku kena buli .Sampai je kat kelas dia,aku tengok pembuli yang tak hemsem tu ,dah angkat kerusi nak hempas kat dia .Dengan raket yang ada kat tangan ,aku tibai mamat tu . safwan namanya . "

Aiman buat muka tak percaya .

"ustazah biar betul .Okei ..aku nak bukti . Kalau orang yang pandai belasah orang,mesti ada parut .Macam aku ni .
Dia terus tunjuk parut dekat lengan dia "

*oh ,yeke -__-" dan dan je budak ni .betul ke teori tu ? entah .ciss berlagak betu budak ni . dia kata dia pandai belasah orang -______-"

aku terus tunjuk .Parut kat dagu .8 jahitan .

Riak muka dia terus berubah .

yes ! dah terkena jerat :3 tsiqah bakal di genggam . in shaa Allah . .

*btw parut tu bukan parut hasil tumbuk menumbuk atau tendang-menendang .Parut jatuh pengsan .Dagu tersentak dekat atas jalan tar .koyak ,dan kena jahit .

"akak pun jahat . kita geng la weh "

aku tarik telinga dia . haha . maaf lah .

Betul tak nak masuk ni ?

Dia angguk .

"Kenapa ? "

Jawapan aiman ,yang buat aku rasa nak nangis .

"Ustazah , boleh tak . .hantar aku balik ?lepastu duit pendaftara tu ,kalau aku tak masuk program ,boleh dapat semula kan ? "

aku buat muka toya . tanda tak faham .

" Duit tu ..boleh buat beli lauk .bagi adik adik aku makan .Mak kerja susah . . . .Ayah . "

Dia terdiam . .dan aku pun terus diam . .menunggu dia menghabiskan yang terbuku di hati .