Islam menganggap manusia adalah orang yang bertanggungjawab terhadap suasana yang berada di sekitarnya .Dialah yang mampu mengubahnya apabila berubah apa yg ada dlm dirinya iaitu merubah pemikiran ,arah tuju dan perangainya .Maka,berubahlah suasana dan berubahlah sejarah . . (13:11)
Translate
Friday, July 11, 2014
Ini Kalilah !
Kali ini
Aku diberikan bahtera untuk di kemudi
Kanvas untuk dilakar
Baton larian yang perlu diteruskan
Jujur
Aku lebih selesa
Menjadi papan kecil yang membina bahtera
Menjadi berus dan warna yang membantu pencorakan di atas kanvas
Menjadi balapan si pembawa baton
Kali ini
Berbeza.
aku ketakutan
Pada harapan yang diberikan
Juga taklifan Daripada Tuhan
Moga ini
Nanti bukan menjadi penghinaan di hari pengadilan
Moga ini
Nanti menjadi kemuliaan buat aku,kamu dan sekaliannya
Mudah-mudahan
Dengan Nama Tuhan .
Aku melangkah .
Tetap dengan kerendahan hati !
[3:103]

Thursday, June 26, 2014
Oh buku .
Kita wajar berpesta di kalbu buku (A. Samad Said)

To have such knowledge of such a thing is to dominate it, to have authority over it. And authority here means for “us” to deny autonomy to “it” — the Oriental country — since we know it and it exists, in a sense, as we know it.
:Knowledge is power -Edward Said
Thursday, June 12, 2014
Wednesday, June 11, 2014
Mereka (para malaikat) berkata:
"Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami: sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
(2:32)
Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung.
atas kepala Tuhan punya, bawah kaki pun Tuhan punya.
jangan sombong.
jangan sombong.
‘’ Wahai Tuhan kami , Tambahkanlah bagi kami ilmu dan kefahaman , bukakanlah pelindung dari kesulitan-kesulitan hingga kami dapat menguasai pelbagai bidang dan lapangan ilmu , peliharalah kami dari kesalahan dan kesesatan , Sesungguhnya Engkau mentadbir segala urusan dan Engkau Maha mengetahui alam ghaib . ‘’ doa imam syafie
Sengaja
Tak semua
pelajaran perlu di ajar
kepada kamu itu . .
kepada kamu itu . .
yang benar dan betul sahaja .
Sengaja aku terkadangnya membuat kesalahan ,
agar pada matamu aku bukan maksum ,
biar nanti kau tidak buntu dan termangu
menemui perkara semacam itu
pembelajaran bukan sahaja boleh ditemui pada kebaikan ,
pembelajaran juga wujud pada keburukan .
kesalahan yang kau lakukan ,
kadang sengaja aku biarkan .
Diam itu sebagai pembelajaran
Tak semua pembetulan perlu pada perkataan (berkata-kata)
kadang sengaja aku biarkan kau larut dalam kesalahan
membiarkan kau merasa
dan nantinya terhantuk ,
barulah terngadah .
dari titik itu
kau kan bersumpah tidak akan mengulangi
juga tidak akan membiarkan di ulangi .
Dunia di luarmu terlalu rencam ,
Sebelum kau melangkah keluar ,
Biar aku yang jadi malaikatmu dan iblismu .
Izinkan aku .
Apa yang perlu kau lakukan .
Hanyalah
Teruskan berfikir , nikmati .
Beraksi bila perlu .
Teruskan mengasah kematangan mumaiyiz mu .
Tuesday, June 10, 2014
Gadis-gadis Haraki
Buka email ,menerima kiriman 'surat ' daripada seorang sahabat .
Menurutku ,inilah kemanisan yang dirasai kebanyakan akhwat yang berkecimpung dalam gerabak dakwah .Cuma mungkin . .ada yang belum mencapai tahap 'Gadis Haraki' . .macam aku . .belum lagi ^^v
--------------------------------------------------------------------------------------------
Maka pejuang-pejuang harakah islamiyah diluar sana, jika anda inginkan suri hidup yang 24 jam

" Gadis-Gadis Haraki "
"Kita adalah kaum yang telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam.Barangsiapa yang mencari kemuliaan selain daripada Islam, maka kehinaanlah”:Amirul Mukminin Sayidina Umar al-Khattab
Salam perjuangan buat Gadis- gadis haraki,
yang sedia menyerahkan harta dan jiwanya demi Allah, yang hatinya terpasak aqidah perjuangan yang kukuh, yang teguh tanpa ragu- ragu, berintima’ dengan Harakah Islam yang semata- mata jelas perjuangannya demi menegakkan kalimah Allah hingga mencapai kemenangan atau Syahid dipertengahan jalan, moga- moga hingga helaan nafas detik ini masih tsabat dan berkobar- kobar semangatnya ingin meneruskan perjuangan.
Saya mengenal Perjuangan dengan penuh rasa takjub, kepada Allah yang menciptakan gadis- gadis haraki yang begitu degil, keras hati, dan tidak mudah mengalah dengan arus demi arus yang merintangi, semua itu ditanggapi sebagai proses tarbiyah yang menjadi makanan dalam perjuangan islam,mulanya tertanya- tanya atas dasar apa mereka tidak tidur, berbagi kelas dengan meeting, usrah dan sebagainya, tapi akademiknya tidak lumpuh malah terus menerus dengan kecemerlangan. Lewat dua tahun dahulu saya mula mengerti, ketika saya mengenal perjuangan yang saya pilih, maka saya mengenal lebih dalam gadis-gadis haraki ini, dan mengerti, untuk siapakah keletihan mereka itu dicurahkan.
Gadis Haraki bukan gadis yang berjalan penuh keayuan, bercakap dengan suara yang hampir tidak kedengaran, dia bukan juga gadis idaman dalam filem- filem cinta islamik, juga bukan yang sentiasa
menjinjing novel- novel cinta islamik, jika anda mencari muslimat seperti itu, maka jauhi gadis- gadis haraki, yang tega dan bersuara lantang, bukan mengetepikan rasa malu yang sememangnya kembar bagi seorang muslimat, tetapi terpaksa menggadaikan prinsip selagi tidak bercanggah dengan syariat demi Ummah.Lihat sahaja muslimat- muslimat harakah islam yang sanggup turun meredah banjir
lumpur malah berasak- asak ditengah kota di malam tahun baru demi menyampaikan dakwah islam, kepelusuk kampung, malah ke luar negara yang dilanda bencana
sekalipun.
Dan tentu sahaja si gadis - gadis haraki juga mahu menjadi seperti kekanda dan juga bonda mereka dalam medanperjuangan, justeru, gadis- gadis haraki teguh dan tegar menempuh cakap- cakap sindiran yang menyatakan mereka ini tidak tahu malu, tidak pandai menjaga diri dan sebagainya kerana gadis- gadis haraki ini sahajalah yang faham, mengapa mereka perlu turun dan betapa besarnya peranan mereka bukan sekadar tinggal diam dirumah, menonton drama korea mahupun
belajar semata- mata.kerana Ummah yang rosak akhlaknya dan penuh dengan budaya jahiliyyah, sentiasa melambai- lambai menuntut gadis- gadis haraki turun, atau lainnya menjawab nanti dihadapan Allah, itu pilihan bagi gadis- gadis haraki.
Bukan sedikit tukaran yang terpaksa dibayar gadis- gadis haraki ini, tentangan keluarga yang tidak betah melihat anak gadisnya lincah kesana- kemari, sahabat- sahabat berbeza fikrah yang tidak akan mengerti,malah kadang kala gadis-gadis haraki tidak terlepas dari ujian cinta yang sentiasa mengejari, maka si gadis haraki terus menerus mohon ditsabatkan Allah dalam medan perjuangan ini sehingga akhir hayatnya, kerana mereka sedar rantaian perjuangan islam ini sentiasa silih berganti, maka mereka- mereka inilah yang bakal menjadi tampuk perjuangan di masa hadapan nanti, jadi terus- menerus si gadis haraki berdoa agar tidak futur dipertengahan jalan dan semangatnya mati.
Si gadis haraki tidak penah jemu mengisi lompong- lompong dalam memahami perjuangan, sentiasa mengisi tsaqafah dengan bahan bacaan, rak bukunya penuh dengan makalah- makalah usrah, kitab-kitab haraki, buku- buku perjuangan dan travelog perjuangan tokoh- tokoh gerakan islam, dan tidak malu bertanya dengan ulama’ dan tidak pernah penat menghadiri usrah dan liqa- liqa kefahaman, agar perjuangan dapat dipegang dengan kukuh,kerana itu si gadis haraki tidak betah tinggal diam dirumah, kerana dia harus melumatkan kefahamannya terlebih dahulu sebelum memanggil gadis lain menyertai perjuangan ini.Malah bukan sedikit si gadis haraki yang tidak mahu masuk ke gerbang perkahwinan kerana bimbangkan kekurangan komitmen yang akan diberikan kepada harakah islamiyah di masa hadapanyang sedia menyerahkan harta dan jiwanya demi Allah, yang hatinya terpasak aqidah perjuangan yang kukuh, yang teguh tanpa ragu- ragu, berintima’ dengan Harakah Islam yang semata- mata jelas perjuangannya demi menegakkan kalimah Allah hingga mencapai kemenangan atau Syahid dipertengahan jalan, moga- moga hingga helaan nafas detik ini masih tsabat dan berkobar- kobar semangatnya ingin meneruskan perjuangan.
Saya mengenal Perjuangan dengan penuh rasa takjub, kepada Allah yang menciptakan gadis- gadis haraki yang begitu degil, keras hati, dan tidak mudah mengalah dengan arus demi arus yang merintangi, semua itu ditanggapi sebagai proses tarbiyah yang menjadi makanan dalam perjuangan islam,mulanya tertanya- tanya atas dasar apa mereka tidak tidur, berbagi kelas dengan meeting, usrah dan sebagainya, tapi akademiknya tidak lumpuh malah terus menerus dengan kecemerlangan. Lewat dua tahun dahulu saya mula mengerti, ketika saya mengenal perjuangan yang saya pilih, maka saya mengenal lebih dalam gadis-gadis haraki ini, dan mengerti, untuk siapakah keletihan mereka itu dicurahkan.
Gadis Haraki bukan gadis yang berjalan penuh keayuan, bercakap dengan suara yang hampir tidak kedengaran, dia bukan juga gadis idaman dalam filem- filem cinta islamik, juga bukan yang sentiasa
menjinjing novel- novel cinta islamik, jika anda mencari muslimat seperti itu, maka jauhi gadis- gadis haraki, yang tega dan bersuara lantang, bukan mengetepikan rasa malu yang sememangnya kembar bagi seorang muslimat, tetapi terpaksa menggadaikan prinsip selagi tidak bercanggah dengan syariat demi Ummah.Lihat sahaja muslimat- muslimat harakah islam yang sanggup turun meredah banjir
lumpur malah berasak- asak ditengah kota di malam tahun baru demi menyampaikan dakwah islam, kepelusuk kampung, malah ke luar negara yang dilanda bencana
sekalipun.
Dan tentu sahaja si gadis - gadis haraki juga mahu menjadi seperti kekanda dan juga bonda mereka dalam medanperjuangan, justeru, gadis- gadis haraki teguh dan tegar menempuh cakap- cakap sindiran yang menyatakan mereka ini tidak tahu malu, tidak pandai menjaga diri dan sebagainya kerana gadis- gadis haraki ini sahajalah yang faham, mengapa mereka perlu turun dan betapa besarnya peranan mereka bukan sekadar tinggal diam dirumah, menonton drama korea mahupun
belajar semata- mata.kerana Ummah yang rosak akhlaknya dan penuh dengan budaya jahiliyyah, sentiasa melambai- lambai menuntut gadis- gadis haraki turun, atau lainnya menjawab nanti dihadapan Allah, itu pilihan bagi gadis- gadis haraki.
Bukan sedikit tukaran yang terpaksa dibayar gadis- gadis haraki ini, tentangan keluarga yang tidak betah melihat anak gadisnya lincah kesana- kemari, sahabat- sahabat berbeza fikrah yang tidak akan mengerti,malah kadang kala gadis-gadis haraki tidak terlepas dari ujian cinta yang sentiasa mengejari, maka si gadis haraki terus menerus mohon ditsabatkan Allah dalam medan perjuangan ini sehingga akhir hayatnya, kerana mereka sedar rantaian perjuangan islam ini sentiasa silih berganti, maka mereka- mereka inilah yang bakal menjadi tampuk perjuangan di masa hadapan nanti, jadi terus- menerus si gadis haraki berdoa agar tidak futur dipertengahan jalan dan semangatnya mati.
Maka pejuang-pejuang harakah islamiyah diluar sana, jika anda inginkan suri hidup yang 24 jam
dirumah, mengemas, mengulit si anak, tidak keluar berjuang sekalipun ke usrah, maka
jauhilah gadis- gadis haraki, dan janganlah membantutkan semangat juang si gadis-
gadis haraki.
Maka si gadis- gadis haraki, teruslah pegangi akidah perjuangan ini, yakini, dan berakhlak seperti engkau yang telah ditarbiyah, usah pernah berhenti, atau berniat untuk berehat sebentar, kerana
perjuangan ini bersifat terus menerus dan memerlukan keistiqamahan, percayalah
rehatmu yang awalnya dua bulan, bisa menjadi 4 bulan, setahun atau selama-lamanya engkau mungkin tidak akan menjejaki lagi jalan juang ini.
Usah pernah jemu wahai si gadis haraki..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Subscribe to:
Posts (Atom)