Translate

Sunday, April 12, 2015


Sekumpulan angin yang berbisik
Di antara kepak sepasang merpati
Juga nyanyian mistis tetes hujan
Saat pertunangan bunga dan kupu-kupu
Jika pernah kau mendengarnya,
Maka begitulah aku padamu .

Sunday, March 8, 2015



Telinga menangkap bunyi detik-detik jam
yang setia mendetik 
tik.tik.tik.
Ruang-ruang masa tegar berjalan,
walaupun nantinya detik jam tidak lagi menerobos ke gegendang,

Aku perhatikan kamu wahai diri.
Yang terlihat resah,terkadang kosong.
Mari khabarkan padaku apa dukamu.

Pada hela nafasmu,
Aku singkap tabir jiwamu
Kau rindu pada sebatang pensil kayu berbau wangi,
kau rindu pada helaian kertas putih kosong ,
kau rindu pada rumput dan lalang,
kau rindu pada desir angin di tepi kota
dan unggas yang menari riang
sambil riuh memecah sunyi balak dan paku pakis.

Pada senyum bibirmu,
Kau ukirkan rindu,
Untuk mencoret puisi di tepi-tepi jalan,
Di atas bangunan ,
mahupun di dalam LRT.

Alis matamu,
Kau khabarkan pada aku,
Beribu persoalan.
Persoalan yang terkadang membunuh
Persoalan yang terkadang menghidupkan.

Matamu berkaca,
Cuba pejam.
 sakit.
Matamu berkaca,
Hatimu menjerit,
bingung.
Matamu berkaca,
Nafasmu berat ,
kamu.

Wednesday, February 11, 2015

Suatu Pilihan



Angin.
Aku rasakan sapaannya.
Mesra.Lembut.

Dalam pejam mata ,
Aku membayangkan dia.

Ahh.
Bukan zina hati !

Kau jangan berfikir bukan-bukan.

Baik.Aku teruskan.
Aku membayangkan dia.

Adakah kala dia lah nakhoda bahtera,
Wujudkah izin dia untuk aku berpencak bersama kalian ?
Berapa lama kah mampu bertahan?
Itu persoalan yang kalian hamburkan.

Aku .Dia.
Berbeza sekali.
Kalau di cari persamaannya.

Entah.
Akan jumpa atau tidak.

Tapi.
Untuk merealisasi impian.
Itu ada pada dia.

Di ajukan pula.
Nantinya.
Kau seorang isteri.
Dia.Suami !
Ingat ! Yang mendidik..nanti adalah suami.

Ahh ! Aku katakan kau kolot.
Mendidik .
Itu bersama-sama.
Bahu-membahu.
Kau perlu faham.
Mengarah.Mendidik .Berbeza.

Tarbiah.
Antara lelaki dan perempuan.
Tidak halal.
Satu penghalang ketika tiada tali halal.

Kini,aku mahu menghalalkan.
Kau pula menghalang ?

Sayang .Sayang orang sehebat kamu.
Mahu di sisi dia.
Kau turut hanyut nanti!

Aku katakan tidak !
Aku ada Tuhan.
Dan Dia Maha Mengetahui hajatku.
Apa lagi mahu aku gentarkan .

Kau terlalu yakin!
Benar kau mampu ?

Dengan izinNya aku mampu.
Kau tahu kan..
Perjuangan ini.
Onarnya..adalah kerana mereka di bawah yang kurang ngerti.
Jadi,biarkan.
Perhatikan.
Bagaimana aku mahu menyelami.
Mereka di bawah.
Menebarkan apa yang aku punya.
Moga.
Onar berkurangan.

Dan kalian.
Yang di atas.
Tenanglah.
Memimpin garuda ini.
Bukankah kau juga,yang melaungkan..
Ana romyun ?
:)

Moga.
Akhir nanti.
Kerajaan Tuhan.
Mampu kita tegakkan.

Kau degil !
Ramai lagi yang hebat .
Kau tinggal pilih.
Perjuanganmu lagi terjaga.
Nanti sentiasa ada yang mengingatkan.

Kau

Sibghah Tuhan.
Siapa tahu akhirnya.

Bismillah.
Ini pilihanku.
Moga kesabaran,kecekalan,ketabahan..
Sentiasa dikurniakan kepada aku.

Dengan izinNya.
Nanti.
Tertegaklah.
Kerajaan Tuhan.