Translate

Wednesday, July 30, 2014




"Wahai manusia ,bertafaqquhlah (menuntut ilmu) kamu  sebelum kamu dilantik menjadi ketua .
Kerana sesiapa yang dilantik oleh kaumnya kerana ilmunya ,
makasejahteralah dia dan sejahteralah mereka,

dan sesiapa dilantik selain daripada itu  
maka binasalah dia dan binasalah mereka . "

-Saidina Umar Al-Khattab r.a 

Wednesday, July 23, 2014

Ta'lim,Tarbiah dan Qiadah



Ta'lim bererti
kita mengaji dan mempelajari
 dengan memasukkan pengetahuan ke dalam otak kita.
Adapun tarbiah bererti mengubah segala sikap hati dan diri kita
serta memancarkannya melalui penghayatan dengan penuh kepuasan yang tiada ketara lazatnya .
Ta'lim itu ilmu,
Tarbiah itu amal
dan
Qiadah itu tanggungjawab 

Sunday, July 20, 2014



                                                                 

                                                                     
Perpisahan itu  ,


Bukan kerana jarak yang jauh 
Tapi . .
Pada komunikasi yang makin sunyi .

Tuesday, July 15, 2014






Jika kita menganggap diri kita lebih mengetahui
maka kesempitan ilmu lah yang kita temui


jika kita menganggap ada  yang lebih mengetahui
maka keluasan ilmu yang kita peroleh


mana satu yang kita mahukan  ?

Pilih .

Friday, July 11, 2014

Ini Kalilah !

 Kali ini 
Aku diberikan bahtera untuk di kemudi
Kanvas untuk dilakar
Baton larian yang perlu diteruskan

Jujur
Aku lebih selesa
Menjadi papan kecil yang membina bahtera
Menjadi berus dan warna yang membantu pencorakan di atas kanvas
Menjadi balapan si pembawa baton

Kali ini 
Berbeza.

aku ketakutan
Pada harapan yang diberikan
Juga taklifan Daripada Tuhan 

Moga ini 
Nanti bukan menjadi penghinaan di hari pengadilan
Moga ini
Nanti menjadi kemuliaan buat aku,kamu dan sekaliannya

Mudah-mudahan

Dengan Nama Tuhan .
Aku  melangkah .
Tetap dengan kerendahan hati !


[3:103]